Isnin, 29 Jun 2009

Catatan akhir tahun


Kiranya sudah terlalu lama aku tidak menitis tinta. Terlalu banyak perkara yang memerlukan aku memberi sepenuh komitmen. Kali ini aku hanya sekadar ingin memberitahu semua bahawa keputusan perperiksaan tahun keduaku telah keluar pada tarikh 26 Jun 2009. Alhamdulillah, cemerlang. Kiranya aku kini boleh berkata bahawa aku merupakan seorang pelajar tahun akhir bermula oktober ini.
Insyaallah 8 Julai nanti aku akan berangkat pulang ke pangkuan mak dan ayah tercinta, kepangkuan keluarga. Segala buah tangan yang aku rasakan perlu sudah aku beli. Esok lusa mula mengemaslah aku, mana yang perlu dibawa pulang. Perkara lain seperti sewa rumah, bil-bil akan aku selesaikan esok lusa juga. Teman-teman telah ramai pulang ke Malaysia. Dengar kata panas dan masing-masing kena "kuarantin". Semoga aku tidak demam sewaktu pulang nanti.
Banyak perkara berlaku dalam masa sebulan ini. Aku rasa cukuplah untuk semester ini. Cukuplah peristiwa yang melibatkan emosi, perasaan jua fizikal. Teman-teman lama dan baru aku kenali. Dia yang baru dan lama, sepertinya hadir serentak padaku. Resah juga gelisah aku dibuatnya. Semoga Allah kurniakan kedamaian dalam hatiku. Aku redha apa yang terjadi, cuma aku mohon kepada Allah agar diberi kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Sepertinya aku punyai urusan yang penting untuk aku selesaikan di Malaysia. Adik nak exam, Anis ada memberitahu perangcangan membuat program di sekolah, baju raya hendak ditempah, kawan-kawan kahwin, dan ada perkara yang hendak aku tanyakan kepada mak dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya.

"Kadang-kadang terlalu sukar menerima ketentuan....tidak semudah yang dimadah lantaran jiwa merintih, mendamba...rasa ingin sekali ketentuan itu aku tulis, tetapi Allah Maha Mengetahui jua Sebaik-baik Perangcang.Tika ini, aku mengemis kasih dan sayangMu mendamba ketenangan jiwa setenang pantai kematian ombak. Petunjuk dan hidayahMu aku mohon, akhirnya keredhaanMu aku pinta."

Jumaat, 19 Jun 2009

Brighton


Tanggal 13 Jun 2009. Aku bernafas pada udara yang sama, berpijak pada pasir yang sama dengan seluruh penghuni bumi Brighton. Perjalanan dari tanah Southampton ke Brighton mengambil masa selama dua jam.
Kali ini, kami masih berlapan. Disambut dengan meriah oleh saudara seagama, saudara tumpah darah pada bumi Malaysia tercinta. Terima kasih daku ucapkan. Terbaik bagiku. Kak Huda dan suami, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki. Juga terima kasihku kepada Shaiful. Penat dirimu, lenguh segala sendimu, kering tekakmu menemani kami. Sayang perkenalan seketika cuma. Tapi titipan kenangan itu pasti bersemi buat selamanya di dalam hatiku. Terima kasih sekali lagi. Buat kehadirannya tidakku sebut di sini, kumohon kemaafan atas kedaifanku. Apa yang pasti kenangan itu tidak mungkin indah tanpa lirik senyum anda semua.
Pengalaman kedua yang cukup indah dan penuh bermakna bagiku setelah Isle of Wight. Terima kasih juga kepada yang sudi mempelawaku bersama-sama. Alam ciptaan Allah yang cukup indah. Membius, mengisra'kan jiwa dan sanubari.
Aku seperti biasa menemaniku camera, tripod, filter dan speedlight. "Clip, clip,clip". Kenangan itu daku abadikan. Ilmu yang dipelajari cuba aku gunakan. Menguji kefahaman. Menguji potensi diri. Menguji kecekapan. Akhirnya bercampur menjadi pengalaman yang cukup bernilai.
Buat teman-teman, daku sekali lagi memohon maaf atas kelewatan ini. Lewat aku menunaikan janji, berkongsi kenangan. Tetapi kini, Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Bersama ini daku sertakan sekali gambar-gambar yang sempat dan telah daku edit buat tatapan semua. Segala kekurangan daku susun sepuluh jari daifku memohon kemaafan.

"Aku temui damai di hati, mengukir sesemesta luasnya tarian ingatan, bernafas dalam denyut nadi jua mencuri khayalan seiring nafasku"

Semoga bertemu kembali suatu hari. Terima kasih bijaksana.

Tarian pena di pentas sepi,
~Putera Bonda~

Jumaat, 12 Jun 2009

Isle Of Wight 2009


Bertarikh 10 Jun 2009, Aku bersama 7 orang teman berpeluang berkunjung ke Isle of Wight, Southampton. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sini setelah hampir 2 tahun belajar di bumi Southampton ini. Cerita mengenai pulau kecil ini telah lama aku dengar, namun inilah peluang pertamaku ke sini.
Kami berlima, Rehdy,Ali,Ikmal, Faiz dan juga aku bertolak dari Southampton Dock menaiki ferry ke Isle of Wight lebih kurang pukul 11.15 pagi. Alhamdulilah kami mendapat tiket return pada harga 9 pounds. Teman-teman perempuan sudah berada di sana sejak dari semalam lagi. Kata mereka mahu berbasikal di sana. Perjalanan menaiki speed jet memakan masa selama 25 minit. Setiba di sana masing-masing kelaparan. Susah mencari kedai halal bagi kami yang pertama kalinya tiba di sini kami singgah Mc Donald, semua order fish fillet burger. Aku hanya makan Apple Pies.
Setelah semua ahli rombongan berkumpul kami bertolak ke salah satu tempat menarik di sini yang dikenali sebagai The Needles. Mengapa dipanggil begitu aku kurang pasti kerana sesampai sahaja di sana, masing-masing sibuk mahu bergambar. Aku juga begitu, bagi seorang yang baru terjun dalam dunia DSLR, mahu juga aku mendapatkan gambar seperti yang ada dalam majalah. Menyediakan kamera pada setting yang betul mengikut keadaan cahaya pada ketika itu aku rasakan amat sukar. Bagiku inilah praktikal sebenar. Segalanya kena cepat dan pantas serta tepat lantaran masa yang suntuk. Maka beberapa gambar aku tangkap. Cantik atau tidak entahlah. Masih perlu diedit seepas pulang ke rumah nanti. Aku, Ikmal, Rehdy, Riena juga Shima sempat menaiki kereta kabel dengan harga tiket 4 pounds. Pertama kali aku naik. Takut juga di buatnya bila tegok pemandangan dari atas ini.
Kemudian kami mengambil bus pelangcong yang disediakan untuk pergi lebih dekat ke kawasan yang disebut The Needles itu. Di sana semua bergambar. Aku dengan DSLR dan tripod Manfrotto yang berat lagi menyeksakan itu penat dibuatnya. Walaupun begitu aku amat senang hati bila khidmat diperlukan kerana bagiku bukan sahaja aku dapat mencari pengalaman sebegini. On the spot practical. Pemandangan yang cantik. Rumput-rumput menghijau. Bunga-bungaan menguning. Arnab-arnab yang liar berlarian di sana sini. Memang terasa alami.
Sehari terasa begitu cepat. Aku letih, semua letih. Kalau mahu betul-betul pusing satu pulau ini, perlu berada sekurang-kurangnya 4 hari kerana perjalan ke satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama. Lewat petang kami pulang ke Southampton mainland. Pulang ke rumah. Aku seperti biasa, sampai ke rumah perlu memasak dan rehat diri. Malamnya mula membuat kerja-kerja mengedit gambar. Ramai orang menunggu mahu melihat gambar tidak terlepas diriku. Memaplikasikan ilmu mengedit gambar yang aku pelajari kepada gambar yang ku tangkap sendiri. Penat...aku tidur.

"Tatkala alam berbicara, kudengar suaranya berbisik padaku. Aku fahami bisikan itu, lalu tersenyum. Kata alam...... Hargailah Alam Sekitar Ciptaan Allah s.w.t."

p/s: untuk gambar yang lain, sila klik pautan "Parong Sari".

Rabu, 10 Jun 2009

Triptychs


Kadang kala kita mencari sesuatu kelainan dalam menyatakan sesuatu perkara, cerita, juga perasaan. Triptychs merupakan salah satu cara yang berkesan juga menarik untuk dicuba. Bagi seorang jurugambar seni, mungkin ini adalah satu cara yang digemari bagi menyampaikan maksud juga mengabdikan hasil seni.
Triptychs dihasilkan dengan menggabungkan tiga gambar yang mampu menjadi pelengkap antara satu sama lain. Ketiga-tiga gambar mungkin mempunyai ciri-ciri sepunya dari segi tona warna dan perasaan. Tugas yang paling sukar di sini adalah mencari tiga gambar yang sesuai. Selainnya, hanyalah sedikit kemahiran menggunakan perisian seperti photoshop. Selain itu, dua gambar boleh di gabung bersama menghasilkan Diptychs. Dari segi susunan, triptychs dan juga diptychs boleh disusun secara melintang juga menegak.
Gambar di atas merupakan cubaan pertama saya dalam menghasilkan triptychs. Tiada maksud yang istimewa, bahkan sekadar memberi tahu sesuatu kepada ahli keluarga. Jadi kepada mak, ayah, dan adik-adik cubalah teka apakah maksud gambar tersebut.

p/s: Adik Aizat kene teka juga baru abang long bagi.Hehehe.

Jumaat, 5 Jun 2009

Kasih Yang Terpendam


Semalam, aku berkesempatan bersama-sama melayani waktu senggangku setelah perperiksaan tamat. "Ikmal, aku nak ikut,"hasrat hati kulafazkan. Kami berlapan makan tengah hati di sebuah restoran Thai, halal. Sebuah pemandangan yang cantik, berlatar belakangkan pantai. Cuaca pada musim panas ini kadang kala aku rasakan terlalu panas. Tetapi kali ini sedikit dingin. "Ahhhh, cuaca yang sangat baik," detik hatiku.


Kami makan bufet, 10 pound satu kepala. Sedap!!!!. Rugi makan sikit, ye lah bila dah jadi cameraman suka rela nih makan pun tak dapat dinikmati sepenuhnya. Tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya aku dapat mencuba keupayaan camera dan lens juga meningkatkan kemahiranku. Lain kali kene datang lagi. Datang makan berdua. Heheheh siapa? (hanya mencadang kepada yang sudah berpunya). Sudi keluar makan dengan saya?Hehehe.
Hmmmm aku nih biasalah belakangan ini, aku jadi berselera kalau tegok bunga, berselera untuk mengambil gambar. Dengan suasana yang agak tenang dan romantis begini, hati mudah tersentuh. Aku lelaki berjiwa sensitif. Lantas gambar orkid hiasan meja aku abadikan di dalam gambar.
Lepas makan kami berjalan-jalan di tepi pantai. Lagi elok kalau datang petang bila langit sudah redup. Pasti kedinginan. Akhirnya semua menuju ke West Quay Shopping Complex. Di sana aku berpisah dari kumpulan. Menuju Curry's. Aku perlu mencari charger laptop yang hangus( maybe overused). Risau akan waktu solat yang kian berarak, seperti biasa fitting room matalan jadi tempat aku bersujud. Selesai solat aku ke kedai camera mencari sesuatu dan akhirnya ke ASDA membeli set berbeku. Nak berbeku. Bila?Hopefully hari ini atau esok. Hahahha.
Jadi begitulah hariku semalam. Pulang dari town aku menghabiskan masa mengedit gambar-gambar yang di ambil tadi. Kepenatan aku tidur. Hari yang best. Lain kali pasti bertambah besssssssssssssssssssst.

Khamis, 4 Jun 2009

Exams Yang Berlalu


Assalamualaikum,....

Kiranya bersawang juga blog daku ini lantaran lama tidakku kunjungi. Alhadulillah pagi tadi bertarikh 3 jun 2009, tamatlah sudah perperikasaan akhir tahun kedua. Secara keseluruhannya dapat aku simpulkan, semuanya baik. Walaupun kertas Statistical Methods I dan juga Algebra And Geometry kurang baik. Tetapi insyaallah semuanya akan baik.
Kini, aku rindukan Malaysia. Ingin sekali daku berpijak di bumi keramat itu. Menghirup udara pantai, sawah dan hujan. Tanah itu tanah gembiraku, tanah dukaku. Kala ini banyak wajah-wajah yang bermain difikiran. Keluarga, sahabat, teman, guru serta mereka yang sangat bermakna dalam hidupku. Entahlah, kadang-kala aku merasakan tidak ingin kembali pada tanah itu. Terlalu banyak pengalaman. Manis, suka dan Duka. Tetapi wajah ibu, ayah, adik-beradik serta keluarga itu yang menggamitku.
Segalanya ku mohon kepada Allah supaya memberikan rahmat dan kurniaNya buat ku serta keluarga. Sekadar di sini dahulu coretan(mengejar masa). Semoga ketemu lagi. Wassalam

p/s:gambar lain boleh dilihat melalui pautan parong sari. gambar di ambil menggunakan micro lens sebagai pelengkap tinta.

Isnin, 27 April 2009

Mesyuarat Agong Persatuan Pelajar Malaysia Southampton 2009


Tanggal 25 April 2009 aku dengan rasminya menamatkan khidmatku sebagai Bendahari Persatuan Pelajar Malaysia di bumi Southampton ini. Setelah berpenat lelah hampir setahun dan berkecamuk kepala apabila menyiapkan laporan keewangan tahunan akhirnya penghujung itu aku langkahi.Sebagai seorang individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman menguruskan keewangan bagi satu persatuan yang besar dan penting ini adalah merupakan satu pengalaman baru.

Teman-teman daku juga mungkin bersetuju jika aku katakan pengalaman ini merupakan gambaran kepada realiti kehidupan yang kita hadapi. Bukan senang hendak berkhidmat, bukan senang hendak menjaga hati-hati semua orang bahkan amatlah susah untuk memberi nafas kepada program yang dilakukan.

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Southampton 2009 berjalan dengan lancar. Banyak isu lapuk berbangkit. Isu-isu yang baru pada pandanganku amatlah kurang. Masing-masing suka mengomel dalam AGM ini. Pandangan yang membina amat aku hormati, tetapi kepada yang hanya tahu mengomel aku hanya mampu tersenyum dan membatu. Dalam hatiku "Masa program tak pernah nampak tapi masa AGM dia pula yang banyak mengomel",Hati membentak. Jika diikutkan hati mahu sahaja aku "lazer" balik. Tapi biarlah. Tidak ada maknanya aku berbuat demikian. Kata penghulu Keluarga Southampton saudara Ramizi " Saya takut apa yang kita kata tempelaknya kena kepada kita sendiri" apabila memberi komen kepada sidang dewan lantaran kerancakan aktiviti mengomel ini. Ada betulnya dan aku amat bersetuju. Kadang kala aku merasakan seolah-olah orang bercakap tidak berfikir dan pernahkah mereka tanya, apa yang mereka beri kepada Persatuan Pelajar Malaysia?Yang tahu hanya mengomel bila AGM. Tidakkah lucu?Bagi yang muka mereka selalu ada dalam aktiviti persatuan aku mengesahkan kredibiliti persoalan mereka.

Satu perkara yang aku amat malu adalah sikap Rakyat Malaysia di luar negara. Terutamanya kepada orang MELAYU kita yang ISLAM. Tidakkah mahu pengambil pengajaran dari Al-Quran mengenai kepentingan masa. Bak kata tuan presiden, temanku Tengku "Tidak kiralah kita buat AGM pagi ke, petang ke, malam ke bende yang sama juga berlaku. Kalu cakap pukul 10 pagi pukul 11 pagi boleh mula,"Keras nadanya apabila menjawab persoalan mengenai masa AGM. Wahai warga Southampton, sedarlah!!!!!!. Jadilah orang yang menghargai masa kita jua masa orang lain kerana masa itu bukan milik anda seorang. Kepada pembaca dari Malaysia, ambillah ini sebagai pengajaran. Kalau macam inilah kita kepada masa usahlah bercakap mengenai kemajuan, kesejahteraan, kejayaan dan banyak lagi kerana kita telah pun gagal dalam ujian pertama iaitu disiplin menepati masa.Renung-renungkanlah(Buat diriku sendiri).

Selain daripada itu segalanya berjalan lancar. Barisan baru kepimpinan sudah ada menggantikan tiang yang lama. Semoga MSA bertambah maju, kualiti bertambah mutu.

Sekian dahulu.

Rabu, 15 April 2009

Bila Penat Memburu Subjek Fotografi


Penat!!!!!!!!!Jalan-jalan di universiti mencari subjek fotografi amat memenatkan. Kiranya aku masih belum mampu menganalisa subjek-subjek yang ada potensi untuk ditonjolkan. Semalam aku tidak dapat tidur. "Aku perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu shot, portrait yang best",hati berbisik. Pusing kanan,kiri, serba serbi tidak kena. Aku bangun, kamera aku capai, setkan kamera, tripod dan semua setting. Ok jom buat self-potrait. Alamak susahlah kalau tidak ada remote control. Akhirnya aku terdampar atas katil kepenatan lalu terlelap. Impian berkubur.
"Abdinnur, may i borrow you table lamp?". "Yeah, sure. What are you up to?". "Oh, just a small photography project, with onion, garlic and.... your little teddy"." Ha, I'm looking forward to see the result tomorrow". Aku tersenyum.
Kiranya aku berterima kasih juga kepada Akmal kerana sudi meminjamkan serpihan cermin berdandannya(I guess so...shhhh ;p) sebagai reflektor. Hmmm penat juga menyiapkan semua kelengkapan dan setnya. Hahaha sekurang-kurangnya tidak perlu belanja besar cuma infinitesimally small amount of money for electricity(i think), Hehehe.
Ha, dan ini adalah hasilnya. Ok.... Sekadar di sini dahulu.

Ahad, 12 April 2009

Aku dan Kamu {sequal Wajah Kekasih ;)}



Hari ini daku terasa sedikit kebosanan. Langit sedikit mendung. Belum lewat petang. Hendak membaca waktu sebegini kurasakan mungkin kurang sesuai. Mengantuk nanti. Lantas, kamera kucapai. "Mungkin dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri,..fokus...ya itu yang aku perlukan sekarang,"Hati berkata. Baiklah, pasti berjalan-jalan melihat pemandangan yang indah (Subhanallah) terbaik untuk aku lakukan sekarang, Insyaallah.

"Kulihat dunia baru melalui fotografi. Ternyata dunia ini lebih luas dari pandangan nyata. Dunia yang penuh kekurangan melalui gambar mengajarku erti HIDUP TIDAK SEINDAH YANG TERWAJAH...."

Seperti biasa, sedikit usaha menjadi lebih kreatif kuselitkan gambar di atas bersama nukilan yang amat aku sukai.

Jumaat, 3 April 2009

Wajah Kekasih

Pada mulanya terasa sedikit kesuraman. Mungkin kerana terlalu banyak perkara berlaku dalam tempoh masa yang singkat ini. Jadi kamera kuambil, langkah kubuka menuruni jalan yang sedikit berbukit ke Stoneham. Dalam hati teringin hendak mengambil gambar bunga-bunga yang mekar. Itulah harapannya memandangkan sekarang musim sejuk kian berarak pergi. Namun, kehampaan. Kiranya sang dedaun dan si cantik manis juga si harum wangi bunga masih malu-malu. Mahu tidak mahu, aku tangkaplah gambar bersubjekkan apa yang sedia ada, sedia untuk berkhidmat. Sejenak terasa ketenangan tatkala asyik meninjau-ninjau keindahan alam ciptaan Ilahi. Alangkah bagus jikalau dunia ini selalu tenang sebegini. Hidup selalu tenang. Fikiran selalu tenang. Jiwa selalu tenang. Insyaallah dengan mengingatiNYA jiwa-jiwa akan menjadi tenang.

Mungkin aku perlu kembali lagi . Menumpahkan rasa kasih, cinta jua kedukaan. Alhamdulillah Allah menciptakan alam yang indah ini bukan sekadar hiasan semata-mata malahan bagiku sebagai opiat.

P/s: More pictures in Parong Sari. (Eventough dua tiga shots sahaja)

Khamis, 2 April 2009

Ronda-ronda Kota London (Easter Break)


Easter, cuti panjang. Hampir sebulan juga. Namun masih ada coursework yang perlu diselesaikan. MATH2012 susah siap 98%. Lagi 2% tuh kira last minute touch up la.Heheh. Partial Differential Equation (coursework) masih begitu...rasanya hampir tembus kertas soalan dek ditenung olehku. Barangkali semua bersungut. Alahai 10%. Insyaallah boleh buat nanti.Algebra & Geometry belum dikeluarkan lagi courseworknya. Satu lagi kerja yang memeningkan otak. Apa apa boleh buat, itulah nasib seorang Mathematician. Harap rambut tak gugur.

Namun begitu aku sempat juga meluangkan masa bersiar-siar di London. Sempat juga ambil gambar walau tak banyak. Hmmm itu bergambar dengan patung singa di Trafalgar Square. Jenuh jugak hendak memanjat tiang batu tuh. Sampai di sini, daku teringat akan lagi Amy Mastura berjudul "kasih Kita" kalau tidak silap salah satu lagu tema Drama "Cinta Korporat". Ha...kat sini lah pengambarannya. Kalau tak percaya go to youtube and search Kasih Kita oleh Amy Mastura. Tapi satu benda yang menduka citakan, tiada lagi burung-burung merpati yang berterbangan.HukHuk sedey...Tapi tidak mengapalah, asalkan ada gambar cukup lah.
Hajat untuk melanjutkan percutian ini ke bristol,bath,cardiff,swansea,...tidak kesampaian. Ku kira tidak ada rezeki. Entah, hatiku berat untuk meneruskan perjalanan itu. Insyaallah ada rezeki, sampai juga.
Ok, rasanya setakat ini sahaja kali ini. Gambar-gambar yang lain boleh dilihat melalui pautan parong sari. Thanks.

Sabtu, 14 Mac 2009

Algebra & Geometry


Algebra & Geometry. Ini adalah coursework pertama untuk modul ini.Due date 16/3/2009. Ada lima soalan yang setiap satunya 2 markah. Kira-kira,10% dari total akhir markah untuk modul ini. Pada aku, modul ini...hmmm...susah?Memang susah tapi tak tahu lah yang susahnya itu modulnya kah atau tak kena gayanya.

Exercise 1: Show that each isometry of Euclidean plane is the composititon of at most three reflections.

Exercise 2: Determine which isometries of Euclidean plane cannot be represented as the composition of fewer tahn three reflections.

Exercise 3: State and prove a result analogous to exercise 1 for isometries of Euclidean space.

Exercise 4: By regarding the Earth's surface as a sphere of radius 3960 miles, calculate the approximate spherical distance between London and Hong Kong. In order to fly by the shortest route between these two cities, in which direction should you leave either of them?

Exercise 5: Calculate the approximate area in square miles of the shperical triangle with vertices at London, Hong Kong and the South Pole.

Setakat ini, semua sudah dibuat kecuali Exercise 3. Insyaallah buat nanti. Bukan apa malam ini terasa sedikit penat dan ingin rasanya memberi sedikit ruang kepda diri ini berehat sebentar.
Ha, buat Syauqi dan Anis, if you want to ask me anything regerding this coursework, you are almost welcome and i think we need to meet. Ok.

Jumaat, 13 Mac 2009

DAISY GIRL



Hmmm puas cari bunga daisy. Akhirnya bunga dekat universiti jadi mangsa. Hendak dibeli sekadar menjadi subjek fotografi rasanya tidak berbaloi. Hendak bagi kepada siapa?Sendiri?Hahaha. Macam terdesak pula bunyinya. Ha kepada teman-teman,terutamanya yang suka daisi, daku persembahkan sesuatu berkaitan dengan daisi. Bukan diriku yang berkarya. Kata orang, Daisi itu bermakna, "cinta yang terpendam"...betul atau tidak terpulang kepada individu.

p/s: Ini khas untuk seseorang(daisy girl),siapa suka Daisi dia yang....


Daisy - Daisy

Selasa, 24 Februari 2009

Keputusan Perperiksaan Semester 1

Jiwa bergelora,ombak kerisauan membadai pantai hati,mengusarkan seluruh pancaindera.
Seseorang sedang menangis.Seseorang sedang bersedih.Ramai yang kerisauan.Aku juga.Teman-teman juga.Semua kerisauan.Detik waktu itu menghampiri dalam larian kencang.Dapat kurasakan degupan jantung menumbuk-numbuk rengkungan dada.Insyaallah,Insyaallah,Insyaallah semuanya akan selamat.
"Keputusan kamu bagus.Kamu sepatutnya belanja saya minum,"dia tersenyum.Kelu lidahku, terpaku pandangan mataku, berhenti jantungku, terbius fikiranku. Tiada kusangka pincang yang kusangka tenyata silap.Keputusan perperiksaanku baik.Lebih baik dari yang kusangkakan.Alhamdulillah,Engkau mendengar doaku,doa-doa ibu bapaku,doa-doa teman-temanku.
"Teman-teman bagaimana?",membentak hatiku.Alhamdulillah, semua baik. "Ada yang gagal?",persoalan itu bermain. Tidak semua mendapat kejayaan.Biarlah menjadi suatu pengajaran. Tiada masa untuk bersenang-senang.Tahun ini,aku perlu berusaha mencari kejayaan itu.Perlu kuat genggaman...Insyaallah.

Isnin, 16 Februari 2009

Jawapan Kasihmu


Jawapan Kasihmu dihasilkan sejak beberapa bulan yang lepas. Tetapi hanya kini berkesampatan untuk daku berkongsi dengan teman-teman. Bagi diriku sendiri,karya ini terlalu banyak cacatnya. Jawapan Kasihmu hanyalah coretan kata semata-mata. Daku mengalu-alukan komen membina teman-teman.

Terima kasih kepada Sam kerana membenarkan daku menggunakan gambar dari photo streams beliau. Untuk melihat gambar-gambar lain oleh Sam(lensa.co.uk), anda boleh melihatnya melalui pautan Parong Sari seterusnya profile dan contact.

Sabtu, 7 Februari 2009

Salju Rindu
















Semester ke-2 kali ini diselubungi putih salji. Hari pertama yang bersalji,pertama kalinya dalam tempoh masa hampir dua tahu aku menjadi perantau di bumi UK ini.Salju kali ini,mungkin yang paling lebat dalam masa 4 tahun.Perasaan bercampur baur,apakah gembira?atau duka yang menodai kegembiraan?Namun,apa yang pasti, keagungan kejadian yang diciptakan Ilahi tidaklah dapat aku gambarkan.Subhanallah.
Sejak belakangan ini,dengan pelbagai dugaan yang mendatang membuatkan diriku sedikit mengalami tekanan.Hilang punca.Ragu dan sebagainya.Kukira, dalam masa sebulan pertama semester ke-2 ini aku perlu kuat untuk menhadapai ujian ini.Mungkin tarbiyyah dari Dia yang sudah pasti tidak akan membebankan hambanya melebihi kemampuan hambaNya.Satu yang kupinta Ya Allah,Berikanlah walau sedikit kekuatanmu,agar bisa aku kuat menghadapi segala yang telah engkau tetapkan.
Kembali kepada cerita salju,ramai kiranya seronok dengan hari pertama itu.University berubah wajah,sekaligus mencetuskan suasana yang jarang sekali kualami.Perang snow ball di sana-sini.Kiranya aku juga sempat membuat snowman pertama dalam hidupku.Alhamdulillah, Engkau memberi peluang untukku merasai keseronokan itu.Wajah-wajah ceria teman-teman sekuliah masih bermain difikiran.Sesekali suasana sebegini pada hematku dapat mengeratkan hubungan antara kami sekaligus meredakan tekanan dalam menuntut ilmu.Tapi dalam gembira, kecelakaan itu hanya senipis kulit bawang.Teman serumahku,jatuh tergelincir,temanku yang lain jatuh juga,tergelincir juga.HATI-HATI!!!!!!!!!!!!!Jalan perlahan-lahan.
Hmmm mungkin aku juga mengharapkan tahun hadapan masih ada lagi salju sebegini,tapi aku harap tidak lama.Sehari dua cukuplah.Kalau lama sangat susah juga rasanya.Ok,sampai di sini dahulu coretan kali ini.Di sini daku, sertakan gambar-gambar yang sempat aku dan teman-teman ambil.Gambar-gambar yang lain Insyaallah boleh di lihat melalui pautan Parong Sari

Sabtu, 31 Januari 2009

Semester 2

Alhamdulillah, kesyukuran kehadrat Ilahi.

Kiranya, perperiksaan semester pertama telah berakhir. Padaku, susah itu sememangnya adat dalam perperiksaan. Walaupun kurang berpuas hati dengan perperiksaan itu sendiri,namun persediaan yang aku lakukan cukup untuk aku berkata,"kau telah lakukan yang terbaik". Segalanya kini kuserahkan kepada kekuasaanNya Yang Maha Agung.Semoga aku, teman-teman seperjuangan serta umat Islam seluruhnya, mendapat kejayaan yang diidam-idamkan.

Semester ke-2 akan bermula hari Isnin ini, tanggal 2 Febuari 2009. Empat modul yang akan aku dalami dan kuasai ialah:

MATH 2010: Statistical Methods I
MATH 2012: Stochastic Process
MATH 2038: Partial Differential Equations
MATH 2046: Algebra & Geometry

Azam semester ke-2 tentunya lebih hebat daripada azam semester 1. Semamangnya begitulah tangga keazaman yang perlu dibina dan diatur. Semakin menghampiri kejayaan, semakin pantas langkah dihayun, semakin hebat bara keazaman di jiwa. Buat teman-temanku kutahu kalian pasti berfikir sama seperti aku. Ayuh teman-teman, kita atur langkah cemerlang, mencapai ketinggian ilmu yang gemilang, memartabatkan nusa dan bangsa yang terbilang.

NYALAKAN TEKAD

Nyalakan azam membumbung
Padukan tekad nan waja
Songsongi ombak bergulung
Menuju ke pulau cita

Setitis jadikan laut
Sekepal jadikan gunung
Namamu kelak disebut
Jasamu kelak di sanjung

Nyalakan tekad dihujung cita
Sama muafakat ke puncak jaya
Sembah setia sepenuh jiwa
Untuk nusa dan negara

Kan megah langit dijunjung
Rela bumi nan dipijak
Kan megah ibu mengandung
Putera puterinya berjasa



Nyalakan Tekad -

Jumaat, 9 Januari 2009

Examination of 1st semester of 2nd year

Hmmmm

Perperiksaan makin hampir. Persedian masih berterusan. Takkan ada erti sudah sedia. Hanya pena dan lembaran kertas untuk menulis yang ada. Past papers,berlambak!!. Susah. Buat juga, tengok juga, hafal juga.
Semua modul sudah ada plan. Tapi Ya Allah....hanya Allah sahaja yang tahu betapa susahnya hendak memintas masa. Perlu satu detik lagi untuk ingat seribu definasi, theorem, PROOF.
  1. Statistical Distribution Theory: Susah?Tidak...Cuma banyak pula gayanya.UNDERESTIMATE!!!!!!!!Hmmm macam boleh buat,"Nah, sejam,dua soalan".Heheheh. Tidak mengapa. Insyaallah semua dalam kawalan.
  2. Analysis: Semua perkara pembuktian. Nyatakan definasi, tunjukkan, selalunya skema jawapan tunjukkan jawapan. Haih...apa hendak jadi?!Tak susah, cuma tidak tahu macam mana hendak buat.BANGUN!!!!!!!!!!!. Insyaallah, mampu merubah.
  3. Vector Calculus & Complex Variable: Kurang sedikit rasa sesak di dada. Tapi tiada erti sudah sedia.
  4. Group Theory: "Kenapa tidak tegur kesilapan saya", (Brita). "Qi, macam mana nak tegur, apa dia ajar?", :). "Salam faham?!!!",(anis)."Anis, Salam faham Salam tak faham," (tersengih lagi). "Macam mana kelas tadi,"(ian). Gelak lagi (Sophie). "ok ini mock exam,"(Brita). Alhamdulillah....Insyaallah score.

Begitulah sedikit sebanyak apa yang terjadi.Heheh. Masih banyak yang menjadi rahsia, rahsia yang semua orang tahu. Ok guys,selamat menjalani perperiksaan. Anis, Syauqi, jom, kita kena pulun habis-habis. I will not let go...

Ok,

22 January 2009 : MATH2011 Statistical Distribution Theory & MATH2039 Analysis (2 kertas)

26 January 2009 : MATH2045 Vector Calculus & Complex Variable (1 kertas)

27 January 2009 : MATH2003 Group Theory (1 kertas)

Semoga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Kurniakanlah kami kejayaan di dunia dan di akhirat.

Ahad, 4 Januari 2009

Bicara Anjung


Kiranya inilah entry pertamaku buat anjung delima. Buat teman-temanku, Anjung Delima khas untuk anda semua mengikuti perkembanganku. Aku tidak mempunyai karya-karya yang bagus tapi semoga dengan karya picisan ini dapat memberi sesuatu seluruh jogatraya.