Isnin, 27 April 2009

Mesyuarat Agong Persatuan Pelajar Malaysia Southampton 2009


Tanggal 25 April 2009 aku dengan rasminya menamatkan khidmatku sebagai Bendahari Persatuan Pelajar Malaysia di bumi Southampton ini. Setelah berpenat lelah hampir setahun dan berkecamuk kepala apabila menyiapkan laporan keewangan tahunan akhirnya penghujung itu aku langkahi.Sebagai seorang individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman menguruskan keewangan bagi satu persatuan yang besar dan penting ini adalah merupakan satu pengalaman baru.

Teman-teman daku juga mungkin bersetuju jika aku katakan pengalaman ini merupakan gambaran kepada realiti kehidupan yang kita hadapi. Bukan senang hendak berkhidmat, bukan senang hendak menjaga hati-hati semua orang bahkan amatlah susah untuk memberi nafas kepada program yang dilakukan.

Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Southampton 2009 berjalan dengan lancar. Banyak isu lapuk berbangkit. Isu-isu yang baru pada pandanganku amatlah kurang. Masing-masing suka mengomel dalam AGM ini. Pandangan yang membina amat aku hormati, tetapi kepada yang hanya tahu mengomel aku hanya mampu tersenyum dan membatu. Dalam hatiku "Masa program tak pernah nampak tapi masa AGM dia pula yang banyak mengomel",Hati membentak. Jika diikutkan hati mahu sahaja aku "lazer" balik. Tapi biarlah. Tidak ada maknanya aku berbuat demikian. Kata penghulu Keluarga Southampton saudara Ramizi " Saya takut apa yang kita kata tempelaknya kena kepada kita sendiri" apabila memberi komen kepada sidang dewan lantaran kerancakan aktiviti mengomel ini. Ada betulnya dan aku amat bersetuju. Kadang kala aku merasakan seolah-olah orang bercakap tidak berfikir dan pernahkah mereka tanya, apa yang mereka beri kepada Persatuan Pelajar Malaysia?Yang tahu hanya mengomel bila AGM. Tidakkah lucu?Bagi yang muka mereka selalu ada dalam aktiviti persatuan aku mengesahkan kredibiliti persoalan mereka.

Satu perkara yang aku amat malu adalah sikap Rakyat Malaysia di luar negara. Terutamanya kepada orang MELAYU kita yang ISLAM. Tidakkah mahu pengambil pengajaran dari Al-Quran mengenai kepentingan masa. Bak kata tuan presiden, temanku Tengku "Tidak kiralah kita buat AGM pagi ke, petang ke, malam ke bende yang sama juga berlaku. Kalu cakap pukul 10 pagi pukul 11 pagi boleh mula,"Keras nadanya apabila menjawab persoalan mengenai masa AGM. Wahai warga Southampton, sedarlah!!!!!!. Jadilah orang yang menghargai masa kita jua masa orang lain kerana masa itu bukan milik anda seorang. Kepada pembaca dari Malaysia, ambillah ini sebagai pengajaran. Kalau macam inilah kita kepada masa usahlah bercakap mengenai kemajuan, kesejahteraan, kejayaan dan banyak lagi kerana kita telah pun gagal dalam ujian pertama iaitu disiplin menepati masa.Renung-renungkanlah(Buat diriku sendiri).

Selain daripada itu segalanya berjalan lancar. Barisan baru kepimpinan sudah ada menggantikan tiang yang lama. Semoga MSA bertambah maju, kualiti bertambah mutu.

Sekian dahulu.

Rabu, 15 April 2009

Bila Penat Memburu Subjek Fotografi


Penat!!!!!!!!!Jalan-jalan di universiti mencari subjek fotografi amat memenatkan. Kiranya aku masih belum mampu menganalisa subjek-subjek yang ada potensi untuk ditonjolkan. Semalam aku tidak dapat tidur. "Aku perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu shot, portrait yang best",hati berbisik. Pusing kanan,kiri, serba serbi tidak kena. Aku bangun, kamera aku capai, setkan kamera, tripod dan semua setting. Ok jom buat self-potrait. Alamak susahlah kalau tidak ada remote control. Akhirnya aku terdampar atas katil kepenatan lalu terlelap. Impian berkubur.
"Abdinnur, may i borrow you table lamp?". "Yeah, sure. What are you up to?". "Oh, just a small photography project, with onion, garlic and.... your little teddy"." Ha, I'm looking forward to see the result tomorrow". Aku tersenyum.
Kiranya aku berterima kasih juga kepada Akmal kerana sudi meminjamkan serpihan cermin berdandannya(I guess so...shhhh ;p) sebagai reflektor. Hmmm penat juga menyiapkan semua kelengkapan dan setnya. Hahaha sekurang-kurangnya tidak perlu belanja besar cuma infinitesimally small amount of money for electricity(i think), Hehehe.
Ha, dan ini adalah hasilnya. Ok.... Sekadar di sini dahulu.

Ahad, 12 April 2009

Aku dan Kamu {sequal Wajah Kekasih ;)}



Hari ini daku terasa sedikit kebosanan. Langit sedikit mendung. Belum lewat petang. Hendak membaca waktu sebegini kurasakan mungkin kurang sesuai. Mengantuk nanti. Lantas, kamera kucapai. "Mungkin dapat menghilangkan rasa bosan dalam diri,..fokus...ya itu yang aku perlukan sekarang,"Hati berkata. Baiklah, pasti berjalan-jalan melihat pemandangan yang indah (Subhanallah) terbaik untuk aku lakukan sekarang, Insyaallah.

"Kulihat dunia baru melalui fotografi. Ternyata dunia ini lebih luas dari pandangan nyata. Dunia yang penuh kekurangan melalui gambar mengajarku erti HIDUP TIDAK SEINDAH YANG TERWAJAH...."

Seperti biasa, sedikit usaha menjadi lebih kreatif kuselitkan gambar di atas bersama nukilan yang amat aku sukai.

Jumaat, 3 April 2009

Wajah Kekasih

Pada mulanya terasa sedikit kesuraman. Mungkin kerana terlalu banyak perkara berlaku dalam tempoh masa yang singkat ini. Jadi kamera kuambil, langkah kubuka menuruni jalan yang sedikit berbukit ke Stoneham. Dalam hati teringin hendak mengambil gambar bunga-bunga yang mekar. Itulah harapannya memandangkan sekarang musim sejuk kian berarak pergi. Namun, kehampaan. Kiranya sang dedaun dan si cantik manis juga si harum wangi bunga masih malu-malu. Mahu tidak mahu, aku tangkaplah gambar bersubjekkan apa yang sedia ada, sedia untuk berkhidmat. Sejenak terasa ketenangan tatkala asyik meninjau-ninjau keindahan alam ciptaan Ilahi. Alangkah bagus jikalau dunia ini selalu tenang sebegini. Hidup selalu tenang. Fikiran selalu tenang. Jiwa selalu tenang. Insyaallah dengan mengingatiNYA jiwa-jiwa akan menjadi tenang.

Mungkin aku perlu kembali lagi . Menumpahkan rasa kasih, cinta jua kedukaan. Alhamdulillah Allah menciptakan alam yang indah ini bukan sekadar hiasan semata-mata malahan bagiku sebagai opiat.

P/s: More pictures in Parong Sari. (Eventough dua tiga shots sahaja)

Khamis, 2 April 2009

Ronda-ronda Kota London (Easter Break)


Easter, cuti panjang. Hampir sebulan juga. Namun masih ada coursework yang perlu diselesaikan. MATH2012 susah siap 98%. Lagi 2% tuh kira last minute touch up la.Heheh. Partial Differential Equation (coursework) masih begitu...rasanya hampir tembus kertas soalan dek ditenung olehku. Barangkali semua bersungut. Alahai 10%. Insyaallah boleh buat nanti.Algebra & Geometry belum dikeluarkan lagi courseworknya. Satu lagi kerja yang memeningkan otak. Apa apa boleh buat, itulah nasib seorang Mathematician. Harap rambut tak gugur.

Namun begitu aku sempat juga meluangkan masa bersiar-siar di London. Sempat juga ambil gambar walau tak banyak. Hmmm itu bergambar dengan patung singa di Trafalgar Square. Jenuh jugak hendak memanjat tiang batu tuh. Sampai di sini, daku teringat akan lagi Amy Mastura berjudul "kasih Kita" kalau tidak silap salah satu lagu tema Drama "Cinta Korporat". Ha...kat sini lah pengambarannya. Kalau tak percaya go to youtube and search Kasih Kita oleh Amy Mastura. Tapi satu benda yang menduka citakan, tiada lagi burung-burung merpati yang berterbangan.HukHuk sedey...Tapi tidak mengapalah, asalkan ada gambar cukup lah.
Hajat untuk melanjutkan percutian ini ke bristol,bath,cardiff,swansea,...tidak kesampaian. Ku kira tidak ada rezeki. Entah, hatiku berat untuk meneruskan perjalanan itu. Insyaallah ada rezeki, sampai juga.
Ok, rasanya setakat ini sahaja kali ini. Gambar-gambar yang lain boleh dilihat melalui pautan parong sari. Thanks.