Sabtu, 10 April 2010

RENJIS-RENJIS DIPILIS

Kata orang kahwin memang seronok...

Pra-perkahwinan...

1.Katil baru, tilam baru, cadar baru, reben sana, reben sini, langsir baru.... >RM****.**
2.Lembu?Kerbau?Beras, sayur, rempah, sos, santan, bawang, pinggan mangkuk, sudu, mungkin bufet... >RM****.**

Post-perkahwinan...

1.Makan, minum, pakai, ubat...sebulan... >RM***.**Align Centre
2.Kemaslahatan isteri... >RM***.**
3.Sewa rumah, bil air, bil elektrik, top-up talefon, internet... >RM****.**
4.Duit kereta?Motor?Minyak, servis kereta,... tayar bocor, tol... >RM****.**
.
.
Suatu ketika...InsyaAllah...
.
.
5. Susu, lampin, ubat, baju...sebulan >RM***.**
6.Orang gaji?... > ~RM****.**
7.Kalau posting jauh... sebulan >RM***.**

Ops jangan lupa...

8.Jenguk orang tua.... >RM***.**
9.Mak-mak, ayah-ayah,makcik-makcik,pakcik-pakcik.... >RM***.**
10.Raya, balik raya, duit raya...setahun sekali >RM****.**
11.Adik-beradik... >RM***.**
..
..
..
Gaji+Elaun/Elaun... <RM2***.**

Cukup?


"Nak NIKAH senang, Nak KAHWIN susah, Nak HIDUP lagi susah..."

"Segala puji bagi Allah tuhan sekian alam, Ya Allah permudahkanlah...cukupkanlah mana yang tidak cukup, murahkanlah rezeki kami, berkatilah rezeki yang telah Engkau berikan, lapangkanlah kehidupan kami. Engkaulah Yang Maha Pemurah, Pemberi rezeki dan Yang Maha Penyayang...Amin.."




Isnin, 29 Jun 2009

Catatan akhir tahun


Kiranya sudah terlalu lama aku tidak menitis tinta. Terlalu banyak perkara yang memerlukan aku memberi sepenuh komitmen. Kali ini aku hanya sekadar ingin memberitahu semua bahawa keputusan perperiksaan tahun keduaku telah keluar pada tarikh 26 Jun 2009. Alhamdulillah, cemerlang. Kiranya aku kini boleh berkata bahawa aku merupakan seorang pelajar tahun akhir bermula oktober ini.
Insyaallah 8 Julai nanti aku akan berangkat pulang ke pangkuan mak dan ayah tercinta, kepangkuan keluarga. Segala buah tangan yang aku rasakan perlu sudah aku beli. Esok lusa mula mengemaslah aku, mana yang perlu dibawa pulang. Perkara lain seperti sewa rumah, bil-bil akan aku selesaikan esok lusa juga. Teman-teman telah ramai pulang ke Malaysia. Dengar kata panas dan masing-masing kena "kuarantin". Semoga aku tidak demam sewaktu pulang nanti.
Banyak perkara berlaku dalam masa sebulan ini. Aku rasa cukuplah untuk semester ini. Cukuplah peristiwa yang melibatkan emosi, perasaan jua fizikal. Teman-teman lama dan baru aku kenali. Dia yang baru dan lama, sepertinya hadir serentak padaku. Resah juga gelisah aku dibuatnya. Semoga Allah kurniakan kedamaian dalam hatiku. Aku redha apa yang terjadi, cuma aku mohon kepada Allah agar diberi kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Sepertinya aku punyai urusan yang penting untuk aku selesaikan di Malaysia. Adik nak exam, Anis ada memberitahu perangcangan membuat program di sekolah, baju raya hendak ditempah, kawan-kawan kahwin, dan ada perkara yang hendak aku tanyakan kepada mak dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya.

"Kadang-kadang terlalu sukar menerima ketentuan....tidak semudah yang dimadah lantaran jiwa merintih, mendamba...rasa ingin sekali ketentuan itu aku tulis, tetapi Allah Maha Mengetahui jua Sebaik-baik Perangcang.Tika ini, aku mengemis kasih dan sayangMu mendamba ketenangan jiwa setenang pantai kematian ombak. Petunjuk dan hidayahMu aku mohon, akhirnya keredhaanMu aku pinta."

Jumaat, 19 Jun 2009

Brighton


Tanggal 13 Jun 2009. Aku bernafas pada udara yang sama, berpijak pada pasir yang sama dengan seluruh penghuni bumi Brighton. Perjalanan dari tanah Southampton ke Brighton mengambil masa selama dua jam.
Kali ini, kami masih berlapan. Disambut dengan meriah oleh saudara seagama, saudara tumpah darah pada bumi Malaysia tercinta. Terima kasih daku ucapkan. Terbaik bagiku. Kak Huda dan suami, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki. Juga terima kasihku kepada Shaiful. Penat dirimu, lenguh segala sendimu, kering tekakmu menemani kami. Sayang perkenalan seketika cuma. Tapi titipan kenangan itu pasti bersemi buat selamanya di dalam hatiku. Terima kasih sekali lagi. Buat kehadirannya tidakku sebut di sini, kumohon kemaafan atas kedaifanku. Apa yang pasti kenangan itu tidak mungkin indah tanpa lirik senyum anda semua.
Pengalaman kedua yang cukup indah dan penuh bermakna bagiku setelah Isle of Wight. Terima kasih juga kepada yang sudi mempelawaku bersama-sama. Alam ciptaan Allah yang cukup indah. Membius, mengisra'kan jiwa dan sanubari.
Aku seperti biasa menemaniku camera, tripod, filter dan speedlight. "Clip, clip,clip". Kenangan itu daku abadikan. Ilmu yang dipelajari cuba aku gunakan. Menguji kefahaman. Menguji potensi diri. Menguji kecekapan. Akhirnya bercampur menjadi pengalaman yang cukup bernilai.
Buat teman-teman, daku sekali lagi memohon maaf atas kelewatan ini. Lewat aku menunaikan janji, berkongsi kenangan. Tetapi kini, Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Bersama ini daku sertakan sekali gambar-gambar yang sempat dan telah daku edit buat tatapan semua. Segala kekurangan daku susun sepuluh jari daifku memohon kemaafan.

"Aku temui damai di hati, mengukir sesemesta luasnya tarian ingatan, bernafas dalam denyut nadi jua mencuri khayalan seiring nafasku"

Semoga bertemu kembali suatu hari. Terima kasih bijaksana.

Tarian pena di pentas sepi,
~Putera Bonda~

Jumaat, 12 Jun 2009

Isle Of Wight 2009


Bertarikh 10 Jun 2009, Aku bersama 7 orang teman berpeluang berkunjung ke Isle of Wight, Southampton. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sini setelah hampir 2 tahun belajar di bumi Southampton ini. Cerita mengenai pulau kecil ini telah lama aku dengar, namun inilah peluang pertamaku ke sini.
Kami berlima, Rehdy,Ali,Ikmal, Faiz dan juga aku bertolak dari Southampton Dock menaiki ferry ke Isle of Wight lebih kurang pukul 11.15 pagi. Alhamdulilah kami mendapat tiket return pada harga 9 pounds. Teman-teman perempuan sudah berada di sana sejak dari semalam lagi. Kata mereka mahu berbasikal di sana. Perjalanan menaiki speed jet memakan masa selama 25 minit. Setiba di sana masing-masing kelaparan. Susah mencari kedai halal bagi kami yang pertama kalinya tiba di sini kami singgah Mc Donald, semua order fish fillet burger. Aku hanya makan Apple Pies.
Setelah semua ahli rombongan berkumpul kami bertolak ke salah satu tempat menarik di sini yang dikenali sebagai The Needles. Mengapa dipanggil begitu aku kurang pasti kerana sesampai sahaja di sana, masing-masing sibuk mahu bergambar. Aku juga begitu, bagi seorang yang baru terjun dalam dunia DSLR, mahu juga aku mendapatkan gambar seperti yang ada dalam majalah. Menyediakan kamera pada setting yang betul mengikut keadaan cahaya pada ketika itu aku rasakan amat sukar. Bagiku inilah praktikal sebenar. Segalanya kena cepat dan pantas serta tepat lantaran masa yang suntuk. Maka beberapa gambar aku tangkap. Cantik atau tidak entahlah. Masih perlu diedit seepas pulang ke rumah nanti. Aku, Ikmal, Rehdy, Riena juga Shima sempat menaiki kereta kabel dengan harga tiket 4 pounds. Pertama kali aku naik. Takut juga di buatnya bila tegok pemandangan dari atas ini.
Kemudian kami mengambil bus pelangcong yang disediakan untuk pergi lebih dekat ke kawasan yang disebut The Needles itu. Di sana semua bergambar. Aku dengan DSLR dan tripod Manfrotto yang berat lagi menyeksakan itu penat dibuatnya. Walaupun begitu aku amat senang hati bila khidmat diperlukan kerana bagiku bukan sahaja aku dapat mencari pengalaman sebegini. On the spot practical. Pemandangan yang cantik. Rumput-rumput menghijau. Bunga-bungaan menguning. Arnab-arnab yang liar berlarian di sana sini. Memang terasa alami.
Sehari terasa begitu cepat. Aku letih, semua letih. Kalau mahu betul-betul pusing satu pulau ini, perlu berada sekurang-kurangnya 4 hari kerana perjalan ke satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama. Lewat petang kami pulang ke Southampton mainland. Pulang ke rumah. Aku seperti biasa, sampai ke rumah perlu memasak dan rehat diri. Malamnya mula membuat kerja-kerja mengedit gambar. Ramai orang menunggu mahu melihat gambar tidak terlepas diriku. Memaplikasikan ilmu mengedit gambar yang aku pelajari kepada gambar yang ku tangkap sendiri. Penat...aku tidur.

"Tatkala alam berbicara, kudengar suaranya berbisik padaku. Aku fahami bisikan itu, lalu tersenyum. Kata alam...... Hargailah Alam Sekitar Ciptaan Allah s.w.t."

p/s: untuk gambar yang lain, sila klik pautan "Parong Sari".

Rabu, 10 Jun 2009

Triptychs


Kadang kala kita mencari sesuatu kelainan dalam menyatakan sesuatu perkara, cerita, juga perasaan. Triptychs merupakan salah satu cara yang berkesan juga menarik untuk dicuba. Bagi seorang jurugambar seni, mungkin ini adalah satu cara yang digemari bagi menyampaikan maksud juga mengabdikan hasil seni.
Triptychs dihasilkan dengan menggabungkan tiga gambar yang mampu menjadi pelengkap antara satu sama lain. Ketiga-tiga gambar mungkin mempunyai ciri-ciri sepunya dari segi tona warna dan perasaan. Tugas yang paling sukar di sini adalah mencari tiga gambar yang sesuai. Selainnya, hanyalah sedikit kemahiran menggunakan perisian seperti photoshop. Selain itu, dua gambar boleh di gabung bersama menghasilkan Diptychs. Dari segi susunan, triptychs dan juga diptychs boleh disusun secara melintang juga menegak.
Gambar di atas merupakan cubaan pertama saya dalam menghasilkan triptychs. Tiada maksud yang istimewa, bahkan sekadar memberi tahu sesuatu kepada ahli keluarga. Jadi kepada mak, ayah, dan adik-adik cubalah teka apakah maksud gambar tersebut.

p/s: Adik Aizat kene teka juga baru abang long bagi.Hehehe.

Jumaat, 5 Jun 2009

Kasih Yang Terpendam


Semalam, aku berkesempatan bersama-sama melayani waktu senggangku setelah perperiksaan tamat. "Ikmal, aku nak ikut,"hasrat hati kulafazkan. Kami berlapan makan tengah hati di sebuah restoran Thai, halal. Sebuah pemandangan yang cantik, berlatar belakangkan pantai. Cuaca pada musim panas ini kadang kala aku rasakan terlalu panas. Tetapi kali ini sedikit dingin. "Ahhhh, cuaca yang sangat baik," detik hatiku.


Kami makan bufet, 10 pound satu kepala. Sedap!!!!. Rugi makan sikit, ye lah bila dah jadi cameraman suka rela nih makan pun tak dapat dinikmati sepenuhnya. Tapi tidak mengapa sekurang-kurangnya aku dapat mencuba keupayaan camera dan lens juga meningkatkan kemahiranku. Lain kali kene datang lagi. Datang makan berdua. Heheheh siapa? (hanya mencadang kepada yang sudah berpunya). Sudi keluar makan dengan saya?Hehehe.
Hmmmm aku nih biasalah belakangan ini, aku jadi berselera kalau tegok bunga, berselera untuk mengambil gambar. Dengan suasana yang agak tenang dan romantis begini, hati mudah tersentuh. Aku lelaki berjiwa sensitif. Lantas gambar orkid hiasan meja aku abadikan di dalam gambar.
Lepas makan kami berjalan-jalan di tepi pantai. Lagi elok kalau datang petang bila langit sudah redup. Pasti kedinginan. Akhirnya semua menuju ke West Quay Shopping Complex. Di sana aku berpisah dari kumpulan. Menuju Curry's. Aku perlu mencari charger laptop yang hangus( maybe overused). Risau akan waktu solat yang kian berarak, seperti biasa fitting room matalan jadi tempat aku bersujud. Selesai solat aku ke kedai camera mencari sesuatu dan akhirnya ke ASDA membeli set berbeku. Nak berbeku. Bila?Hopefully hari ini atau esok. Hahahha.
Jadi begitulah hariku semalam. Pulang dari town aku menghabiskan masa mengedit gambar-gambar yang di ambil tadi. Kepenatan aku tidur. Hari yang best. Lain kali pasti bertambah besssssssssssssssssssst.