Akan kusulam bait-bait kata menjadi madah bistari ibunda kita...
Jumaat, 3 April 2009
Wajah Kekasih
Pada mulanya terasa sedikit kesuraman. Mungkin kerana terlalu banyak perkara berlaku dalam tempoh masa yang singkat ini. Jadi kamera kuambil, langkah kubuka menuruni jalan yang sedikit berbukit ke Stoneham. Dalam hati teringin hendak mengambil gambar bunga-bunga yang mekar. Itulah harapannya memandangkan sekarang musim sejuk kian berarak pergi. Namun, kehampaan. Kiranya sang dedaun dan si cantik manis juga si harum wangi bunga masih malu-malu. Mahu tidak mahu, aku tangkaplah gambar bersubjekkan apa yang sedia ada, sedia untuk berkhidmat. Sejenak terasa ketenangan tatkala asyik meninjau-ninjau keindahan alam ciptaan Ilahi. Alangkah bagus jikalau dunia ini selalu tenang sebegini. Hidup selalu tenang. Fikiran selalu tenang. Jiwa selalu tenang. Insyaallah dengan mengingatiNYA jiwa-jiwa akan menjadi tenang.
Mungkin aku perlu kembali lagi . Menumpahkan rasa kasih, cinta jua kedukaan. Alhamdulillah Allah menciptakan alam yang indah ini bukan sekadar hiasan semata-mata malahan bagiku sebagai opiat.
P/s: More pictures in Parong Sari. (Eventough dua tiga shots sahaja)
Blog ini ku kira hanyalah sebagai wadah untukku menitis tinta,berkongsi dan menyulam rasa tautan budi. Jadi daku ucapkan selamat datang, semoga blog ini dapat memberi sesuatu kepada anda. Ku harap teguran membina dari semua...
Seribu Satu Makna
Di sebalik senyum, Ada tangisan,Di sebalik rindu,Ada cinta,Di sebalik aku,Ada kamu..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan