Jumaat, 12 Jun 2009

Isle Of Wight 2009


Bertarikh 10 Jun 2009, Aku bersama 7 orang teman berpeluang berkunjung ke Isle of Wight, Southampton. Ini kali pertama aku menjejakkan kaki di sini setelah hampir 2 tahun belajar di bumi Southampton ini. Cerita mengenai pulau kecil ini telah lama aku dengar, namun inilah peluang pertamaku ke sini.
Kami berlima, Rehdy,Ali,Ikmal, Faiz dan juga aku bertolak dari Southampton Dock menaiki ferry ke Isle of Wight lebih kurang pukul 11.15 pagi. Alhamdulilah kami mendapat tiket return pada harga 9 pounds. Teman-teman perempuan sudah berada di sana sejak dari semalam lagi. Kata mereka mahu berbasikal di sana. Perjalanan menaiki speed jet memakan masa selama 25 minit. Setiba di sana masing-masing kelaparan. Susah mencari kedai halal bagi kami yang pertama kalinya tiba di sini kami singgah Mc Donald, semua order fish fillet burger. Aku hanya makan Apple Pies.
Setelah semua ahli rombongan berkumpul kami bertolak ke salah satu tempat menarik di sini yang dikenali sebagai The Needles. Mengapa dipanggil begitu aku kurang pasti kerana sesampai sahaja di sana, masing-masing sibuk mahu bergambar. Aku juga begitu, bagi seorang yang baru terjun dalam dunia DSLR, mahu juga aku mendapatkan gambar seperti yang ada dalam majalah. Menyediakan kamera pada setting yang betul mengikut keadaan cahaya pada ketika itu aku rasakan amat sukar. Bagiku inilah praktikal sebenar. Segalanya kena cepat dan pantas serta tepat lantaran masa yang suntuk. Maka beberapa gambar aku tangkap. Cantik atau tidak entahlah. Masih perlu diedit seepas pulang ke rumah nanti. Aku, Ikmal, Rehdy, Riena juga Shima sempat menaiki kereta kabel dengan harga tiket 4 pounds. Pertama kali aku naik. Takut juga di buatnya bila tegok pemandangan dari atas ini.
Kemudian kami mengambil bus pelangcong yang disediakan untuk pergi lebih dekat ke kawasan yang disebut The Needles itu. Di sana semua bergambar. Aku dengan DSLR dan tripod Manfrotto yang berat lagi menyeksakan itu penat dibuatnya. Walaupun begitu aku amat senang hati bila khidmat diperlukan kerana bagiku bukan sahaja aku dapat mencari pengalaman sebegini. On the spot practical. Pemandangan yang cantik. Rumput-rumput menghijau. Bunga-bungaan menguning. Arnab-arnab yang liar berlarian di sana sini. Memang terasa alami.
Sehari terasa begitu cepat. Aku letih, semua letih. Kalau mahu betul-betul pusing satu pulau ini, perlu berada sekurang-kurangnya 4 hari kerana perjalan ke satu tempat ke satu tempat memakan masa yang agak lama. Lewat petang kami pulang ke Southampton mainland. Pulang ke rumah. Aku seperti biasa, sampai ke rumah perlu memasak dan rehat diri. Malamnya mula membuat kerja-kerja mengedit gambar. Ramai orang menunggu mahu melihat gambar tidak terlepas diriku. Memaplikasikan ilmu mengedit gambar yang aku pelajari kepada gambar yang ku tangkap sendiri. Penat...aku tidur.

"Tatkala alam berbicara, kudengar suaranya berbisik padaku. Aku fahami bisikan itu, lalu tersenyum. Kata alam...... Hargailah Alam Sekitar Ciptaan Allah s.w.t."

p/s: untuk gambar yang lain, sila klik pautan "Parong Sari".

Tiada ulasan: