Jumaat, 19 Jun 2009

Brighton


Tanggal 13 Jun 2009. Aku bernafas pada udara yang sama, berpijak pada pasir yang sama dengan seluruh penghuni bumi Brighton. Perjalanan dari tanah Southampton ke Brighton mengambil masa selama dua jam.
Kali ini, kami masih berlapan. Disambut dengan meriah oleh saudara seagama, saudara tumpah darah pada bumi Malaysia tercinta. Terima kasih daku ucapkan. Terbaik bagiku. Kak Huda dan suami, semoga Allah s.w.t murahkan rezeki. Juga terima kasihku kepada Shaiful. Penat dirimu, lenguh segala sendimu, kering tekakmu menemani kami. Sayang perkenalan seketika cuma. Tapi titipan kenangan itu pasti bersemi buat selamanya di dalam hatiku. Terima kasih sekali lagi. Buat kehadirannya tidakku sebut di sini, kumohon kemaafan atas kedaifanku. Apa yang pasti kenangan itu tidak mungkin indah tanpa lirik senyum anda semua.
Pengalaman kedua yang cukup indah dan penuh bermakna bagiku setelah Isle of Wight. Terima kasih juga kepada yang sudi mempelawaku bersama-sama. Alam ciptaan Allah yang cukup indah. Membius, mengisra'kan jiwa dan sanubari.
Aku seperti biasa menemaniku camera, tripod, filter dan speedlight. "Clip, clip,clip". Kenangan itu daku abadikan. Ilmu yang dipelajari cuba aku gunakan. Menguji kefahaman. Menguji potensi diri. Menguji kecekapan. Akhirnya bercampur menjadi pengalaman yang cukup bernilai.
Buat teman-teman, daku sekali lagi memohon maaf atas kelewatan ini. Lewat aku menunaikan janji, berkongsi kenangan. Tetapi kini, Alhamdulillah segalanya sudah selesai. Bersama ini daku sertakan sekali gambar-gambar yang sempat dan telah daku edit buat tatapan semua. Segala kekurangan daku susun sepuluh jari daifku memohon kemaafan.

"Aku temui damai di hati, mengukir sesemesta luasnya tarian ingatan, bernafas dalam denyut nadi jua mencuri khayalan seiring nafasku"

Semoga bertemu kembali suatu hari. Terima kasih bijaksana.

Tarian pena di pentas sepi,
~Putera Bonda~

Tiada ulasan: