Isnin, 29 Jun 2009

Catatan akhir tahun


Kiranya sudah terlalu lama aku tidak menitis tinta. Terlalu banyak perkara yang memerlukan aku memberi sepenuh komitmen. Kali ini aku hanya sekadar ingin memberitahu semua bahawa keputusan perperiksaan tahun keduaku telah keluar pada tarikh 26 Jun 2009. Alhamdulillah, cemerlang. Kiranya aku kini boleh berkata bahawa aku merupakan seorang pelajar tahun akhir bermula oktober ini.
Insyaallah 8 Julai nanti aku akan berangkat pulang ke pangkuan mak dan ayah tercinta, kepangkuan keluarga. Segala buah tangan yang aku rasakan perlu sudah aku beli. Esok lusa mula mengemaslah aku, mana yang perlu dibawa pulang. Perkara lain seperti sewa rumah, bil-bil akan aku selesaikan esok lusa juga. Teman-teman telah ramai pulang ke Malaysia. Dengar kata panas dan masing-masing kena "kuarantin". Semoga aku tidak demam sewaktu pulang nanti.
Banyak perkara berlaku dalam masa sebulan ini. Aku rasa cukuplah untuk semester ini. Cukuplah peristiwa yang melibatkan emosi, perasaan jua fizikal. Teman-teman lama dan baru aku kenali. Dia yang baru dan lama, sepertinya hadir serentak padaku. Resah juga gelisah aku dibuatnya. Semoga Allah kurniakan kedamaian dalam hatiku. Aku redha apa yang terjadi, cuma aku mohon kepada Allah agar diberi kekuatan menghadapi segala dugaan dan cabaran.
Sepertinya aku punyai urusan yang penting untuk aku selesaikan di Malaysia. Adik nak exam, Anis ada memberitahu perangcangan membuat program di sekolah, baju raya hendak ditempah, kawan-kawan kahwin, dan ada perkara yang hendak aku tanyakan kepada mak dan ayah. Semoga dipermudahkan segalanya.

"Kadang-kadang terlalu sukar menerima ketentuan....tidak semudah yang dimadah lantaran jiwa merintih, mendamba...rasa ingin sekali ketentuan itu aku tulis, tetapi Allah Maha Mengetahui jua Sebaik-baik Perangcang.Tika ini, aku mengemis kasih dan sayangMu mendamba ketenangan jiwa setenang pantai kematian ombak. Petunjuk dan hidayahMu aku mohon, akhirnya keredhaanMu aku pinta."

2 ulasan:

Unknown berkata...

salam. jangan berhenti menulis. kalau mata pena dah berkarat, kenalah beli pena baru!

Putera Bonda berkata...

hahahaha...huz, huz memang anda seorang karyawan...terima kasih..

Buat masa ini rasanya belum mampu untuk bermula semula...

Kiranya sekarang...daku masih terperangkap dalam kesamaran...