
Tanggal 25 April 2009 aku dengan rasminya menamatkan khidmatku sebagai Bendahari Persatuan Pelajar Malaysia di bumi Southampton ini. Setelah berpenat lelah hampir setahun dan berkecamuk kepala apabila menyiapkan laporan keewangan tahunan akhirnya penghujung itu aku langkahi.Sebagai seorang individu yang tidak pernah mempunyai pengalaman menguruskan keewangan bagi satu persatuan yang besar dan penting ini adalah merupakan satu pengalaman baru.
Teman-teman daku juga mungkin bersetuju jika aku katakan pengalaman ini merupakan gambaran kepada realiti kehidupan yang kita hadapi. Bukan senang hendak berkhidmat, bukan senang hendak menjaga hati-hati semua orang bahkan amatlah susah untuk memberi nafas kepada program yang dilakukan.
Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Pelajar Malaysia Southampton 2009 berjalan dengan lancar. Banyak isu lapuk berbangkit. Isu-isu yang baru pada pandanganku amatlah kurang. Masing-masing suka mengomel dalam AGM ini. Pandangan yang membina amat aku hormati, tetapi kepada yang hanya tahu mengomel aku hanya mampu tersenyum dan membatu. Dalam hatiku "Masa program tak pernah nampak tapi masa AGM dia pula yang banyak mengomel",Hati membentak. Jika diikutkan hati mahu sahaja aku "lazer" balik. Tapi biarlah. Tidak ada maknanya aku berbuat demikian. Kata penghulu Keluarga Southampton saudara Ramizi " Saya takut apa yang kita kata tempelaknya kena kepada kita sendiri" apabila memberi komen kepada sidang dewan lantaran kerancakan aktiviti mengomel ini. Ada betulnya dan aku amat bersetuju. Kadang kala aku merasakan seolah-olah orang bercakap tidak berfikir dan pernahkah mereka tanya, apa yang mereka beri kepada Persatuan Pelajar Malaysia?Yang tahu hanya mengomel bila AGM. Tidakkah lucu?Bagi yang muka mereka selalu ada dalam aktiviti persatuan aku mengesahkan kredibiliti persoalan mereka.
Satu perkara yang aku amat malu adalah sikap Rakyat Malaysia di luar negara. Terutamanya kepada orang MELAYU kita yang ISLAM. Tidakkah mahu pengambil pengajaran dari Al-Quran mengenai kepentingan masa. Bak kata tuan presiden, temanku Tengku "Tidak kiralah kita buat AGM pagi ke, petang ke, malam ke bende yang sama juga berlaku. Kalu cakap pukul 10 pagi pukul 11 pagi boleh mula,"Keras nadanya apabila menjawab persoalan mengenai masa AGM. Wahai warga Southampton, sedarlah!!!!!!. Jadilah orang yang menghargai masa kita jua masa orang lain kerana masa itu bukan milik anda seorang. Kepada pembaca dari Malaysia, ambillah ini sebagai pengajaran. Kalau macam inilah kita kepada masa usahlah bercakap mengenai kemajuan, kesejahteraan, kejayaan dan banyak lagi kerana kita telah pun gagal dalam ujian pertama iaitu disiplin menepati masa.Renung-renungkanlah(Buat diriku sendiri).
Selain daripada itu segalanya berjalan lancar. Barisan baru kepimpinan sudah ada menggantikan tiang yang lama. Semoga MSA bertambah maju, kualiti bertambah mutu.
Sekian dahulu.